Thursday, January 29, 2009

Keriangan!

Sememangnya kesesakan lalulintas menuju ke Selatan semasa perayaan CNY meletihkan. Namun, terubat sedikit bila melihat keriangan sikecil2 yg tak kenal erti penat. Terimbau kenangan lalu masa muda bermandi manda. Kini, bila dah tua, begitulah lumrahnya. Bukan kita yg mandi, tapi kita yg tengok org mandi!! :))

Sunday, January 25, 2009

Musibah, Musabab, Muhasabah

Adakah musibah itu satu pengajaran atau pengalaman?

Sungguhpun masing2 punya punya tafsiran tersendiri, namun, musibah bukan satu perkara yg harus dipandang ringan. Ada punca dan sebab musababnya. Setiap yg berlaku bukan terjadi tanpa sedar. Mungkin dari perilaku dan perbuatan selama ini.

Pengajaran yg bersifat mengajar bertujuan mengubah sikap atau tabiat yg mungkin buruk dan harus dibendung. Seterusnya membentuk keperibadian yg lebih baik. Pengalaman yg bersifat panduan pula perlu dijadikan pegangan dalam mengharungi cabaran hidup yg mendatang.

Amati dan hayati setiap musibah sedalamnya. Renung dan tenung sebaiknya agar muhasabah. Jika kita tidak belajar dari kesilapan, jangan ingat yg ditimpa tidak mungkin berulang.

Yg silap mungkin dah berlalu, yg tersilap lagi, ntahkan bila :/

Thursday, January 22, 2009

Boikot KFC??

Petikan pekeliling emel ini akan pasti dapat menghilangkan keraguan pelbagai pihak berhubung Restoran Kentucky Fried Chicken atau KFC.

"KFC Holdings (M) Bhd adalah milik penuh syarikat Kulim (M) Bhd yg juga merupakan anak syarikat Johor Corporation. Iaitu dimiliki sepenuhnya oleh syarikat Malaysia. Tiada keuntungan disalurkan kepada mana2 pihak di Amerika, kecuali yuran pengunaan jenama sahaja. Malah Johor Corporation sedang berusaha untuk membeli kepentingan KFC di Amerika."

"Antara jenama lain di bawah KFC Holdings (M) Bhd adalah Restoran Pizza Hut, Restoran RasaMas, Kedai Ayamas, Ayamas Food Corporation S/B, Region Food Industries (Pengeluar sos jenama Life) dan Bakery (Pengeluar roti garlic dan & roti2 yg dijual di KFC)."

Sungguhpun usaha memboikot produk atau jenama Amerika sedang dipergiat, diharap fakta di atas dapat membantu kita dalam menilai sesuatu produk sebelum keputusan memboikot dilakukan.

Saturday, January 17, 2009

Belum Terlewat

Isu memboikot kini semakin kuat berkemundang. Antaranya pekeliling maya melalui YM dan emel yg berbunyi;

"Dear all, McDonald's and Starbucks have today announced that they will be donating all profits from now until Sunday to Israel war. Also, the producers of Adam Sandler's new movie Bed Time Stories will be donating their profits to Israel . Be informed, and let others know not to contribute and refuse to support these monsters that believe in killing innocent civilians. Boycott McDonald's and Starbucks. Also don't take your kids to see a movie that promotes violence by association. Together we can make a difference! Please pass this email to as many people as you know. Thanks"

Jika benar syarikat2 gergasi atau individu2 sebegini terus melaungkan sokongan terhadap pencerobohon zionis terhadap Gaza, maka wajarlah tindakbalas diperhebatkan. Di sinilah pengguna perlu menggunakan kebijaksanaan dalam memilih.

Belum terlewat untuk kita semua melakukan sesuatu yg wajar :I

Wednesday, January 14, 2009

Sabar Teruji

Ini bukanlah coretan sensasi, tapi saja nak lepas geram. Diri ini tak suka nak tunjuk belang atas jalanraya, tapi kalau ada yg suka2 hati letak kereta hingga ganggu lalulintas, itu kurang ajar namanya! Betul menguji kesabaran! Dihon berkali pun tak endah, sampai guna jari tengah (middle finger) baru terkial2 alih kereta, lah tu tahu plak marah bila dah kena "finger"!

Jadi bagi mereka2 yg memandu tu, biarlah ada pertimbangan waras. Jangan ingat diri sendiri saja yg ada kereta. Orang lain juga berkereta. Apatah lagi di waktu puncak, kesabaran orang jangan dicabar. Tentunya keselamatan dan kawalan pemanduan masing2 perlu diutamakan dan ia bukanlah proses mudah.

Bagi yg tak reti mandu, atau takde lesen, duk rumah plsss! :))

Tuesday, January 13, 2009

Beli Saja!

Memang sukar nak beli barang yg semata2 kehendak. Apatah lagi barang tu diidam2kan sangat. Konon duk banding2lah harganya, cantikkah, fungsinya dan apa saja difikir wajar. Itupun kalau nak susahkan otak. Tapi kalau hati dah kenan, yg tu semua tinggal alasan. Lebih atau kurang bukan faktor, yg penting mampu atau tidak. Nak Vaio, beli, nak jimat, HP. Nak selesa Mercedes, nak ekonomi, Kancil. Betul tak?

Apapun hidup hanya sementara, begitu juga barangan ni semua. Bak kata Eni 20 sen dalam citer P.Ramlee... "Ada duit mulut bukak! Takde duit mulut tutup!" (sambil geleng2 kepala ke depan).

Maksudnya, ada duit beli, takde duit diam!

Kalau ada lebih tu, kongsi2 lah ;))

Tak Menakjubkan!

Bila merpati tak macam sejoli bersatu mencipta sejarah dengan majlis persandingan dan perarakan kereta berkuda beserta lima pengiring yg macam tak reti tunggang kuda. Bila raja sehari menaiki bot mengelilingi majlis di istana singgahsana hotel yg bergermalapan ala Arab sedangkan dunia Arab sendiri tengah bergolak.

Bila perkahwinan yg perlu diangkat mulia lagi suci dikomersialkan bagaikan satu pertunjukan silap mata. Maka ia bukan saja langsung tak boleh dianggap "Wedding of the Year" tapi lebih seakan the Sarcas are in town rather!

Maaf, tersasul English. Kenyataan di atas hanya pandangan semata2. Tiada kena mengena dengan yg dah mati.

Jangan mare ahhh! ;)

Monday, January 12, 2009

Boikot

Sambil minum petang, teringat akan sepanduk yg diarak ke Kedutaan Amerika minggu lepas. "Setiap kali anda minum di Starbuck, anda membunuh seorang Palestine" (terjemahannya).

Beberapa organisasi di Malaysia juga telah mula mengeluarkan senarai rangkaian kedai makan dan produk yg dipercayai milik atau pro Yahudi. Dan dipercayai dengan memerangi rejim ini dengan cara memboikot, ia akan memberi kesan tersendiri.

Hanya diri musykil, contohnya andai Restoran McDonalds diboikot, dan bilamana restoran2 ini ditutup dan menarik keluar pelaburan mereka ke negara lain? Adakah ratusan pekerja yg majoritinya anak bangsa akan hilang kerja?

Mampukah negara menanggung peningkatan penggangguran dan menyediakan peluang pekerjaan yg seimbang? Bagaimana pula kesan langsung pada ekonomi negara?

Hanya musykil dan ingin bertanya, tak salahkan? Jadi tidaklah sesat pandang atau jalan :)

Yang (Yg)

Permulaan tahun baru ini agak mencabar buat semua. Baik diri, keluarga, kerja, perniagaan, rakan2, negara, mahupun dunia. Yg pasti cabaran ini hanya satu putaran waktu yg pasti berlaku. Mungkin ada yg bersedia, mungkin juga yg masih terkapai.

Yg dah kerja, teruslah kerja, jangan gatal berhenti. Yg takda kerja, pi cari kerja (yg halal). Yg kurang ditingkatkan, yg lemah diperbaiki. Yg tak tahu, baik belajar, yg tahu jangan pula sombong, sebarkan ilmu tu. Yg jahat dijauhi, yg baik tu ikut je la!

Yg sayang kita lebihkan dan yg benci sukakan. Yg sakit, makanlah ubat, tapi yg sihat, senaman selalu. Yg muda cuba matangkan diri, yg tua pula kuatkan amal. Yg dah tiada, kita doakan dan yg hidup solat selalu.

Banyak lagi tentang yg ni, tapi senang kata, yg elok tu buatlah, yg tak elok, tinggalkan k! ;)

Muka Baru

Tahun pun dah baru, beserta harapan dan semangat baru, blog pun bagi muka baru la. Putih, bersih dan suci. Bab suci ni sensitif sikit. No komen plsss!! ;)

Friday, January 9, 2009

Menyayat Hati


Gambaran kiriman emel ini saja sudah cukup menyayat hati, kesan kekejaman Zionis yg tiada kesudahan :((

Thursday, January 1, 2009

Imbasan '08

Urutan 10 imbasan peristiwa terpenting buat diri dan dalam kenangan sepanjang 2008;

10. PRU 12 - kehampaan dan kesedaran
09. Perpindahan syarikat - keputusan demi masa depan
08. Beli Camcorder Sony. Mahal tu!! kehendak hati je ;))
07. Reunion SMTK 1991 - keseronokan zaman sekolah
06. Bertemu semula "sahabat" - memaafi kesilapan lalu
05. BBQ di rumah Emak - keraian dan kegembiraan bersama
04. Penulisan blog - kepuasan ekspresi diri dan minda
03. Ulangtahun pertama - kesetiaan dalam perhubungan
02. Aidilfitri 1429 - penyatuan keluarga yg dinanti
01. Abah - kehilangan yg amat dirasai