Thursday, November 27, 2008

88 Tahun

Ingin jadi jutawan?? Tentunya ya! sungguhpun untuk ke tahap itu memerlukan kejayaan pelbagai aspek dalam kehidupan, ia tidak mustahil. Boleh dikecapi melalui pelbagai cara yg baik ataupun sebaliknya. Antaranya ialah dengan pelan bersara yg ditawarkan oleh seorang teman ku. Bagi yg berumur 35 tahun, perkiraannya mudah;
  1. Hanya bayar 15 ribu setahun
  2. Memerlukan tempoh pembayaran selama 10 tahun
  3. Dana yg menyerupai KWSP dengan jaminan 100k insuran
  4. Pengeluaran disyorkan selepas 20 tahun
  5. Tempoh matang ialah pada umur 88 tahun
  6. Jangkaan pulangan selepas tempoh matang adalah RM1,732,301.00!
  7. Ya! Jutawan akhirnya! Mudah bukan!
Memanglah jutawan. Tapi kalau aku dah 88 tahun, bila nak belanja? Fizikal dan jasmani elok lagi ke atau terlantar atas katil je?

Hanya jutawan yg bumi kata pergi, kubur kata mari, boleh? ;)

Tuesday, November 25, 2008

"Temu" Abah

Setiap mimpi punya maksud tersendiri. Samada baik atau buruk, ia mampu membuat kita termangu atau tersenyum bila mengenangkannya.

Perasaan rindu yg semakin menebal ini mungkin telah diterjemahkan ke dalam mimpi aku. Bertemu abah seakan dia masih disisi. Bertanyakan khabar seakan dia boleh mendengar. Bertentang mata dan berkata... "abah" lalu memegangkan tangannya. Satu kebiasaan walaupun semasa hayatnya. Tidak lebih dua atau tiga perkataan.

Sebahagian diri terasa gembira bertemu dia, sebahagian pula membuat aku tertanya.

Apakah yg abah "perlukan?" :((

Saturday, November 22, 2008

Mudah Alih!

Iklan pelawak yg jutaan ringgit berjaya menggamit diri untuk beralih rangkaian. Namun sepetang bersama Cel dot dot dot (An evening with Cel dot dot dot) semalam mengundang persoalan "biar betul??!!". Proses pendaftaran talian melebihi 2 minggu jelas menunjukkan tahap kecekapan yg amat mendukacitakan. Alkisahnya usaha seorang pelanggan mendapatkan kepastian;
  1. Kim di talian 1111: Panggilan terpaksa disambungkan ke MNP (Multi Number Portability) sebab Kim bahagian Careline sahaja
  2. Nani di talian: Panggilan dipindahkan ke MNP sebab Nani bahagian Prepaid. Kim salah sambungan
  3. Selena di talian: Panggilan dipindahkan ke MNP sebab Selena bahagian Postpaid. Nani salah sambungan
  4. Farid di talian: Panggilan dipindahkan ke MNP sebab Farid bahagian Careline. Selena salah sambungan
  5. Teoh di talian: Maaf tak boleh bantu sebab dia juga bahagian Careline. Farid salah buat sambungan
  6. Amirul di talian: Dia bahagian MNP tapi maaf tak boleh bantu sebab kes begini perlu rujuk ke Postpaid!!!
  7. Logeswaran di talian: Boleh bantu. Bantu buat laporan kerosakan dan bagi no rujukan!!! Telefon balik lepas 24 jam.
  8. Tamat.
Begitulah kronologi ringkas tentang perkhidmatan rangkaian mudah alih terluas di Malaysia.

Sangat mudah alih! Satu talian ke satu talian! :P

Sunday, November 16, 2008

Ikut Perasaan

Sesuatu teguran lazimannya disambut dengan reaksi berbeza dari si ditegur. Jika silap angin, ada yg melenting tanpa menilai sebaik2nya punca teguran. Bersikap mempertahankan diri dengan kata2 kesat dan tindakan tidak rasional. Serta menolak usaha memperbaiki teguran itu walaupun benar. Berkeras menafikan kekurangan dan kesilapan yg jelas nampak di mata.

Namun, jika reaksi balasnya positif, teguran tentunya dianggap nasihat atau cabaran bagi penambahbaikan diri. Itu pun jika ada cukup sabar dan ikhlas untuk memilih cara mana yg terbaik untuk bertindak seterusnya. Di sinilah titik tolak membezakan kematangan dan kedewasaan. Keupayaan dan keseimbangan akal dan emosi. Tidak rugi bersikap waras dan adil jika apa yg ingin dicapai adalah kebaikan dan bukan kehancuran.

Silap kata, rosak. Silap langkah, binasa ;)

Thursday, November 13, 2008

Lumrahnya

Lumrahnya ramai diantara kita yg berani cakap, tak berani buat. Yg marah bila dituduh pengecut. Yg mengharap, tapi tak berusaha. Yg berdoa, tapi tak sembahyang. Yg tiada, mengaku ada. Yg ada mengaku tiada. Yg lupa bila dah senang. Yg baru beringat, bila dah susah. Yg tak ngaku salah, bila dah salah. Yg mengaku benar, walaupun salah. Yg terasa bila ditegur. Yg suka menegak benang yg basah.

Tapi tak ramai pula, yg berani cakap dan buat. Yg sabar bila dianggap takut. Yg berusaha lalu mengharap. Yg sembahyang lalu berdoa. Yg ada, katakan ada. Yg tiada, katakan tiada. Yg beringat bila dah senang. Yg tidak lupa, sungguhpun susah. Yg mengaku bila dah salah. Yg rasional bila dingatkan. Yg faham adalah sukar menarik rambut dalam tepung.

Yg mana satukah anda?? Tanyalah diri dan renungkan ;)

Saturday, November 8, 2008

Kaya Makin Kaya

Krisis kehakiman yg berlaku 20 tahun lalu menyaksikan kerajaan membayar ex-gratia berjumlah 10.5 juta kepada seorang Ketua Hakim dan 5 bekas hakim kanan.

Jumlah yg agak keterlaluan ini tidak masuk akal apatah lagi bila mereka2 ini turut menerima pencen yg berjumlah rata2 5 ribu setiap bulan setiap seorang. Pencen RM5 ribu sebulan x 12 bulan = RM60 ribu. Maka RM60 ribu x 20 tahun = RM1.2 juta.

Bukan nak menentang Pak Menteri bahawa kerajaan tidak mempertikaikan bayaran yang dibuat sebaliknya dipertikaikan ahli Parlimen pembangkang, tapi ada kewajaran ianya dikemukakan.

Garis kemiskinan di kebanyakan negeri di Malaysia pun antara 500 ringgit ke 1 ribu sebulan. Yg senang dah jadi miskin, yg miskin makin miskin, yg dah kaya pula makin kaya!!

Pelik tapi benar! ;)