Thursday, October 30, 2008
PBT Penyapu
Isu jalan2 tidak berlampu yg telah lama berlaku di sekitar Pandan Perdana bukanlah isu tersendiri. Malah banyak isu semasa lain di seluruh kawasan Ampang masih belum mendapat perhatian penuh pihak berkuasa tempatan (PBT). Antaranya pokok tidak dicantas, jalan rosak tidak dibaiki, longkang pecah tidak diganti, penjaja haram tidak ditangani dsb. Jika nak disenaraikan, maka berjela2.
Kes lampu ni dah bertahun lalu, tapi PBT akan hanya ambil tindakan mulai Disember. Itu pun berperingkat. Kalau ada anugerah penyapu, PBT di Ampang memang tak layak dapat, sebaliknya bagi vacuum, cepat sikit hasilnya. Mungkin sikap ambil ringan dan melengah2kan kerja memang amalan kakitangan mereka, pun bertahun2 jugak lamanya.
Mungkinkah atau memang?? ;)
Labels:
Semasa
Tuesday, October 28, 2008
Ujian Getir
Dalam kesibukan harian, adakalanya kita didatangi dengan masalah yg boleh menguji tahap kesabaran dan keyakinan dalam diri. Dan ujian2 ini mampu mengganggu emosi dan minda seterusnya menyekat kemajuan dan keselesaan hidup yg sedang dikecapi. Mungkin besar atau kecil, namun ia tidak harus dipandang ringan.
Sungguhpun bersifat sementara, kita perlu hadapi setiap cabaran dengan berhati2, bersungguh dan berani. Dan dengan keikhlasan, akan ada cahaya petunjuk menerangi di setiap hujung jalan yg gelap. Yakinlah dan percaya akan ketentuan dan kebesaran kuasa Ilahi.

Diri
Monday, October 27, 2008
Soal Mati
Mungkin ramai di antara kita kurang selesa bila bercakap soal kematian. Mungkin kita yakin ia tidak akan berlaku pada usia muda. Mungkin hanya bila kita tua dan bila sudah cukup bersedia. Tetapi mati itu pasti dan tiada siapa boleh melepaskan diri dari menemui ajal. Persoalannya bagaimana, dimana, bila dan kenapa?
Ilmuan agama lebih mengetahui persoalan2 berat ini. Yg rata2 kita punyai cetek pengetahuan tentangnya. Namun, yakinlah, ramai mengharapkan kematian yg baik, sempurna dan beriman. Dipermudahkan saat nyawa diputuskan dari badan, dipelihara di alam kubur dan diampuni segala dosa. Semoga amalan diterima dan bekalan akhirat yg cukup untuk dihitungkan sebaik2nya bila tiba waktu.
Setiap yg mula akan berakhir. Yg berakhir pula menandakan satu permulaan baru. Beringat dan berserah, beramal dan berdoa.
Sesungguhnya Dia Maha Pengampun dan Maha Pengasih.

Ragam
Saturday, October 25, 2008
34 Tahun
34 tahun sudah berlalu dan tanggal 24 Oktober bukanlah satu tarikh yg luarbiasa. Apatah lagi bila umur kian meningkat. Hanya perlu ada pengisian yg dalam dan penuh makna. Dikelilingi mereka yg memberi erti kehidupan sebenar. Menziarahi abah diwaktu pagi, bersama disayangi ditengahari dan melawati keluarga dimalamnya. Dan setelah kek dihidang dan lilin ditiup, kehidupan diteruskan. Mengharungi hari mendatang dengan penuh kesederhanaan. Mendekati apa yg sering diharap serta menggarap apa yg ingin dan telah tercapai.
Labels:
Diri
Thursday, October 23, 2008
Semua Akan Turun
Syabas buat menteri Pak Shahrir atas usaha beliau dan kementerian untuk menurunkan harga barangan tidak lama lagi. Menyahut gesaan Pak Lah, usaha ini juga akan dapat meringankan beban pengguna yg sebelum ini bagai jatuh ditimpa tangga dengan kenaikan pelbagai produk-produk makanan dan barangan di pasaran.
Bila harga barang dah turun, harap2 disusuli dengan harga makanan pula. Waktu aku kecil, kuih 5=RM10, sekarang 3=RM10.
Dulu kuih besau, sekarang harga je besau! ;)
Bila harga barang dah turun, harap2 disusuli dengan harga makanan pula. Waktu aku kecil, kuih 5=RM10, sekarang 3=RM10.
Dulu kuih besau, sekarang harga je besau! ;)
Labels:
Semasa
Wednesday, October 15, 2008
Persandingan Meriah
Apapun, diucapkan Selamat Pengantin Baru kepada 2 mempelai. Semoga berbahagia ke anak cucu ;)
Labels:
Famili
Wednesday, October 8, 2008
Melampau!
Tak faham sungguh bila diorang ni nak buat laporan polis kat pak Hamid Albar. Betul bangsa suka buat kecoh. Ni jenis buat lain, cakap lain, lain cakap, buat lain. Geleng pun angguk, angguk pun geleng. Reti plak cakap hasutan dan provokasi. Yg kepoh kat majlis raya orang tu apa? Reti plak soal adil dan bersifat perkauman. Yg melalak dulu2 kat jalanan tuduh "ethnic cleansing" tu apa?
Berani nak minta menteri minta maaf. Kalau tersinggung sekali pun, ingat orang kisah ke?!!! Wajarlah pak Hamid ambil tindakan yg patut. Jangan sampai besar kepala!
Dah nama pun pertubuhan haram, duk diam2 je la dei!!
Labels:
Semasa
Tuesday, October 7, 2008
Rezeki Mat
Bersyukur rasa bila baca di Utusan, kisah Mat yg berumur 14 tahun. Atas bantuan pelbagai pihak, Mat yg selama 2 bulan menjadi kelindan lori untuk menyara adik2, telah kembali ke sekolah. Walaupun terpaksa mengadaikan ilmu dalam waktu yg singkat, ia satu pengorbanan seorang abang yg cukup bermakna.
Teringat pula kat 2, 3 anak saudara sendiri yg tak selalu tapi adakalanya ponteng sekolah. Mereka tak malas, hanya kurang rajin ;)
Mungkin rezeki Mat untuk menyambung semula apa yg terhenti. Semoga Mat berjaya dalam usahanya dan tidak mensia-siakan peluang yg ada.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia, tak siapa yg tahu ;)

Saturday, October 4, 2008
Keluarga Besar Abah
Kenangan bergambar waris abah pada 1 Syawal 1429 Hijrah. Seorang ibu, 2 anak lelaki, 4 anak perempuan, 3 menantu, 7 cucu lelaki dan 6 cucu perempuan. Berhimpun sebagai 1 keluarga dan dengan 1 kehilangan.Dan dalam kehilangan, semangat dia masih disanjungi, tawanya diingati dan hadirnya tetap dirindui :)
Labels:
Abah
Subscribe to:
Posts (Atom)