Saturday, August 30, 2008

Prihatin 2009

Bajet 2009 yg dibentangkan oleh Pak Lah amat berketepatan dengan temanya iaitu Bajet Prihatin. Tiga strategi khusus iaitu menjamin kesejahteraan rakyat, membangunkan modal insan berkualiti dan memperkukuhkan daya tahan negara. Berjela2 senarai peruntukan tambahan, elaun, rebat, bonus, insentif, pengecualian, potongan, pengurangan dan pelbagai lagi. Malah sesetengah akan dilaksanakan tahun ini juga.

Terasa macam dapat sampul duit raya! Belum bukak, dah tahu nilai! ;)

Teras Kejayaan


Mungkin juga elok kita hayati antara petikan lirik lagu tema Kemerdekaan ke 51 yg berbunyi;

"Bangun Membantu Agar Sepakat, Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada, Dalam Hidup Harmoni"

"Sirami Rasa Kasih Sayang, Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas, Dihati Murni, Menjadi Kekuatan Kita"

Ternyatalah saat2 kalut dan kelemahan bangsa melayu sekarang, kekuatan sukar dicapai kalau sekadar nyanyi je kan! ;)

Untuk Rakyat!

Kerajaan dijangka membentangkan satu pakej bajet 2009 yg memberi penekanan kepada keperluan rakyat dan masa sama merangsang aktiviti ekonomi. Dan itu merupakan pendekatan hampir serupa setiap tahun. Soal peruntukan, cukai, harga, permintaan, perbelanjaan, penurunan, peningkatan, subsidi, akta dan pelbagai lagi yg sewaktu dengannya.

Akan ada naik dan yg turun. Bertambah dan berkurangan. Namun, ianya bagi memenuhi keperluan setiap agama, bangsa dan negara. Untuk rakyat, kerana rakyat dan mesra rakyat. Walau ada suara2 sumbang selepas bajet nanti, rakyat harus bersyukur dan berterima kasih.

Lagipun mencapai kesempurnaan yg dirancang bukan mudah. Mungkin melalui ketidaksempurnaan, kita mampu menilainya dengan lebih baik. :)

Wednesday, August 27, 2008

Ziarah Abah

Keheningan damai menyelubungi himpunan pusara uzur dan usang. Ditemani mereka yg terdahulu pergi, abah disemadikan. Kehadiran seakan dinanti dan ketenangan amat dirasai. Yg wajib ditunaikan, namun hati sedu dan hiba di saat ingin meninggalkannya. Untuk seketika, waktu terhenti, namun salam diucap dan kami berlalu pergi.

Kata abah..."tak sungguh tak melata, tanam galah dalam padi, tak sungguh kehendak kita, kehendak Allah yg akan terjadi.."

Dan itulah ketentuan Ilahi yg abah tiada lagi.

Sunday, August 24, 2008

MAHA 2008

Utusan Online memetik bahawa MAHA 2008 mencipta sejarah dalam Malaysia Book of Records dengan penyertaan bilangan gerai tertinggi iaitu 1,918 buah dan 1,179 peserta. Banding 2006 yg hanya 976 buah gerai dan 835 peserta. Keuntungan juga turut meningkat sebanyak RM9.7 juta berbanding RM6 juta dua tahun lalu.

Terbukti bahawa Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia yang berakhir hari ini, semakin berjaya. Yg pasti, industri ini sememangnya besar dan peluang yg ditawarkan amat luas. Pengunjung saja mencecah 1.2 juta orang.

Kebetulan waktu aku ke sana, Tok Pah pun ada. Kelihatan dia bersungguh2 memastikan industri ini giat berkembang dan bertambah maju. Industri turun temurun yg tok moyang kita dah buat dari dulu lagi. Jadi, rasa tak salah generasi seterusnya mempelbagai dan mempergiatkan lagi bidang ini.

Bangga tengok peluang dan tekad anak bangsa bergerak seiring ;)

Kini Berbeza?

Berhari tak mencoret. Bukan kekosongan modal, hanya sibuk dengan urusan dunia yg perlu diselesaikan. Lagipun soal kehilangan masih berlegar2 dan dirasai. Hari2 mendatang pastinya punya erti yg mendalam, terutama menjelang puasa dan Syawal.

Terbenak di fikiran apakah akan sama atau berbeza bila tiba waktu?

Wednesday, August 13, 2008

Kerana Emak, Untuk Abah

Teringat akan antara pesan terakhir dia, walau didengari sayup2 tapi berbunyi "...bila korang semua berada di dalam rumah ini, korang bersatu...".

Dan hari ini, genap 2 minggu, dia telah pergi. Dan pesannya telah pun menjadi realiti. Kini, kami sekeluarga berhimpun, bersama memaafi kisah lampau yg mengoncang pertalian dan menyedari bahawa yg lalu biarkan berlalu. Tanpa dirancang, mendekati semula hubungan yg telah lama di nanti oleh emak dan arwah abah.

Sesungguhnya yg berlaku, pastinya kerana emak dan walau tiada, tetap untuk abah.

Friday, August 8, 2008

Rindu Abah

Aku tahu, walau sukar namun itu hakikat. Seakan terpanggil akan suara yg tidak mungkin didengari lagi. Ketentuan dugaan agar sentiasa mengingati. Kehadiran disisi amat dirasai, sesekali ditangisi. Walau telah tiada, di jiwa tersemat dan mengamit perasaan yg tak tertahan.

Aku tahu, sesungguhnya Tuhan lebih menyayangi dia. Memohon diampuni segala dosa dan dicucuri akan rahmat ke atas rohnya. Agar diberi ketenangan dan kelapangan di alam baru sehingga tiba waktu diadili.

Aku tahu dia tiada ganti. Aku tahu yg dia telah pergi...
Namun aku tetap merindui dia.

Sunday, August 3, 2008

Abah Pesan


Pesan Abah pada Emak seandainya dia pergi dulu..


Andainya aku pergi dulu sebelummu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisimu
Janganlah kau memencil diri
Bayangkanlah masa-masa bahagia
Semasa engkau dan aku
Bermesra di langit biru
Di waktu kasih berpadu

Andainya engkau pergi dulu sebelumku
Mestikah aku hidup melara
Andainya engkau tiada lagi di sisiku
Mestikah aku kecewa

Ku percaya kau selalu di sisiku
Walaupun jasadmu tiada
Walau di mana kau berada
Kasihku takkan berubah

Di pohon cemara ku ukirkan kata cinta
Bulan tersenyum dan bersinar
Berguguran daun jatuh lembut ke rambutmu
Meraikan suasana indah
Di sini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku nantimu di pintu syurga

Saturday, August 2, 2008

Abah Pergi


Selasa, 6.00 petang bersamaan 26 Rejab 1429 Hijrah atau 29 Julai 2008. Bersama isteri, 6 orang anak, dan 13 cucu serta seluruh ahli keluarga, abah menghembuskan nafas. Dan di saat itu, terukir senyuman akhir dari abah. Abah tersenyum lalu pergi meninggalkan kami.

Ku bacakan yasin dan doa, ku mandi, kafan dan sembahyangkanya. Ku lihat wajah abah tuk kali terakhir, ku cium, ku dakap dan ku bisikan...

"Semoga abah bahagia di syurga, ari sayangkan abah selamanya"