Hanya mampu lupa, hingga kami tak mampu mengubatinya :(
Sunday, July 27, 2008
Mampu Lupa
Hanya mampu lupa, hingga kami tak mampu mengubatinya :(
Labels:
Famili
Saturday, July 26, 2008
Hobi Baru
2, 3 hari while recovering dari flu n fever, aku duk pasang 2 set of World's Great Architecture 3D puzzle yg baru dibeli. The White House n Burjal-Arab kat Dubai. Sambil2 rehat di rumah sambil buat hobi baru. Taklah complicated but perlu kesabaran tuk pasang. Disertakan manual, so ikut step by step (bukan tajuk lagu!) Hasilnya?? Membanggakan! Next week beli lain plak bila ada stok! ;)
Labels:
Ragam
Friday, July 25, 2008
Muda Matang Mentah
Muda dan matang atau berlagak matang? Adalah kenalan2 muda yg berlagak seakan matang. Seperti mampu berfikir dengan hujah dan pendapat. Tapi bila diamati, seolah2 macam berlandaskan buku bacaan atau dengar2 sahaja. Tiada pengalaman atau pendedahan. Mungkin faktor umurnya. Terlalu mentah nak fikir rasional disebalik pengisian begitu. Ingin dihormati tapi mungkin tua sebelum waktunya.
Lebih elok jika bertahun pengalaman, tapi masih ikut resam padi dan bukan si ayam yg bertelur. Berlagak tak tahu tapi tahu, dari tahu tapi tak tahu. Penuhilah diri dengan ilmu yg secukupnya. Laluilah proses kehidupan sebaik2nya. Itu lah sebenarnya pengalaman yg tidak ternilai dan pastinya mematangkan kita.Dengar sebelum cakap, fikir sebelum bertindak ;)
Labels:
Ragam
Wednesday, July 23, 2008
Soal Rezeki!
Ya "rezeki" ada di mana2. Persoalannya apakah bentuk pengorbanan yg perlu dilakukan dalam mencari "rezeki" tersebut? Perlukah kita mengambil kira tanggungjawab yg sedia ada dan mengabaikan sesuatu yg berada di depan mata? Apakah kewajaran mengejar semua benda dan dengan mudah menamakan ia "rezeki"?Ya, setiap kita ada pilihan dan hak untuk mencari "rezeki" yg lebih bagi meringankan beban yg tersendiri. Tapi adalah tidak adil jika kita melepaskan beban dan membiarkan siapa yg ditinggalkan untuk menanggungnya. Dan janganlah cuba mengambil kesempatan atas nama "rezeki" tanpa memikirkan rasional dan kesannya kelak.
Rezeki yg bersih sahaja pastinya diberkati ;)
Rezeki yg bersih sahaja pastinya diberkati ;)
Labels:
Semasa
Langkah Awal
Tidak dinafikan, dengan kenaikan harga minyak, kos2 pengurusan, pengendalian, penyelenggaraan dan operasi sesebuah sykt turut meningkat. Malah perancangan masa depan juga mungkin turut terjejas. Sesetengah industri pula dilihat berisiko tinggi untuk diteruskan atau diceburi disaat bahan mentah melonjak naik.
Sebagai langkah awal, sykt telah menyediakan 2 peruntukkan, pertama bagi menstabilkan keadaan dan kedua, peruntukkan jangka panjang bagi menghadapi segala kemungkinan yg datang. Dan setiap keputusan susulan dibuat dengan lebih teliti dan teratur tanpa terburu2.
Penumpuan kini ialah mengenalpasti industri lain yg mampu memberi peluang dan pulangan yg menarik. Cth: akuakultur, penternakan dan pelbagai bidang agro lain yg dilihat berpotensi. Usaha giat dijalankan bagi mendapatkan modul perniagaan dan pakej yg berpatutan serta lokasi yg sesuai kelak. Mereka yg berminat juga telah menyatakan hasrat untuk turut serta dalam usaha ini.Sekiranya berjaya, pastinya ia akan dinikmati semua. Terutama yg telah bersama sykt dalam mengharungi cabaran dan dugaan yg dihadapi sekarang.
Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh ;)
Labels:
Diri
Monday, July 21, 2008
Pesanan Akhir??
Kenyataannya pabila pesanan terakhir berubah2 hanya akan merumitkan keadaan jika tidak dinilai sebaiknya. Sehinggakan mungkin ada yg lupa mana yg harus diutamakan. Bukan tak bagus tinggalkan pesanan, tapi kalau berlainan, pening nak fikir mana satu.Adalah lebih baik pesanan itu disampaikan dengan terang dan jelas ketika seseorang itu masih sihat dan mampu. Jangan contohi zaman nenek moyang, berparang sebabkan pusaka yg sekangkang kera. Elok dielakan saja perbalahan yg adakala berlarutan ke 7 keturunan.
Mungkin ada yg anggap kenyataan ini melampau. Tapi bayangkan kalau semua dapat pesanan berbeza? Pembahagian tidak sekata? Arahan mencurigakan? Dan keluarga pula semua tidak bersatu??
Apa kesudahannya nanti?? :P
Labels:
Famili
Lompat Kerja
Isu berhenti keja kini jadi bualan. Kedengaran di tempat lama, ada mereka yg nak berenti atas alasan tak puas hati. Yg konon tak puas hati pun ada n datang mintak kerja dgn aku sekadar nak tarik tali utk naik gaji. Berhasil, cos kabarnya majikan asal naikan tapi keterlaluan. Pekerja lain mintak elaun sara RM100 pun tidak diendah dan disuruh berhenti. Boleh???Dan dari maklumat, ada yg dah berhenti pun, dah notis, dah temuduga dan mencari peluang di tempat lain. Masa aku jaga dulu, takda kes2 seumpama ni berlaku. Ya berhenti, tapi atas sebab lain, bukan tak puas hati.
Moralnya ialah kebajikan pekerja jangan dipandang ringan. Apatah lagi melibatkan soal gaji dan bayaran. Arahan dan agihan kerja yg jelas. Dan pengurusan yg lebih bertanggungjawab dalam memastikan matlamat dan tujuhala dikongsi bersama. Bukan sorok2 lepas tu bagi "dot dot dot" ;)
Sekarang nasi dah jadi bubur. Sedar2lah. Jangan perlekeh mereka yg bekerja dan telah berjasa.
Monday, July 14, 2008
Hilang Jantan??
Setiap kali berdepan mereka yg bersikap konon berani rupanya pengecut ini, aku rasa hairan lagi ajaib. Realitinya mereka ini sering dalam dilemma hidup. Suka merungut dengan masalah, tapi tiada penyelesaian. Impikan sesuatu yg lebih baik, tapi kecut untuk menggapai. Mencari kepuasan diri, tapi kecut pada segala dugaan. Harapkan kesenangan, tapi kecut hadapi kesusahan.Tambah pelik dan menakjubkan sebab si pengecut adalah lelaki. Mungkin "jantannya" hilang ntah kemana. Kalau dah tersepit lagi terhimpit jadi elok dibuang saja. Dari tergantung tidak berfungsi, biar jatuh jadi habuan si kaki empat yg berkeliaran di jalan.
Jangan harap kata2 saja berapi, tapi yg keluar asap ;)
Labels:
Ragam
Wednesday, July 9, 2008
Abah
Visited abah lepas dah dekat 2 minggu cos tak berkesempatan. Mak dah ingatkan few times. So pergi sekejap after lunch walaupun sibuk dengan kerja. Abah nampak weaker n fragile. Faktor umur dan kesan sakit dia yg berpanjangan. Mak seems to be there all the time. At his side perhaps till the end. Though ada waktu they argued over little things. Guess kasih sayang mereka pada each other sukar dinafikan begitu saja.
Labels:
Abah
Tuesday, July 8, 2008
Bosan Gaban
Bosan, bosan dan bosan! Dengan kisah politik dan golongan elit yg tak berkesudahan. Ada saja berita yg overshadow yg lain! Liwatlah! Letuplah! Lompatlah!! Itu saja kita dengar dari hari ke hari. Disajikan pada telinga dan mata oleh setiap media perdana. Berita sama diulang, diolah, dibaca dan dicetak hinggakan terasa mual. Kisah budak hilang pun dah hilang dari berita. Kisah minyak naik pun dah turun rating. Kisah pilihanraya pun tidak lagi jadi pilihan. Mungkin ada yg tak jemu mendengar citer sensasi. Tapi tahap meluat dah capai tahap gaban!Bosan bagai tengok perang Iraq yg tak abis! ;)
Labels:
Semasa
Cerita Palsu
Bagi sesetengah, cara terbaik mengelak dari terjerumus ke dalam satu keadaan yg rumit adalah dengan berbohong. Dan pembohongan dibuat setelah didorong perasaan takut, rasa bersalah ataupun tekanan. Namun, bohong hanya bersifat luaran dan sementara. Lambat laun, kebenaran akan terserlah.Dan apabila ia berlaku, pembohongan lalu hanya akan lebih merumitkan. Si pembohong akan tertekan sebab tembelangnya dah pecah. Yg dikata dulu tidak lagi sahih. Umum pula telah sedar siapa salah atau siapa betul.
Penting untuk menilai terlebih dahulu setiap perkara. Sebelum keluar kata2 atau sampai sebarang pesanan. Agar tiada pihak yg tertipu atau terasa kena tipu. Lebih selamat berkata2 benar tapi perit, dari berkata2 palsu tapi bohong.
Labels:
Ragam
Monday, July 7, 2008
Kecil & Kental
Akhirnya kami telah berpindah ke lokasi baru yg lebih selesa dan kos efektif ;) Ia bukanlah satu proses mudah untuk dilaksanakan. Walaupun dicapai dalam tempoh singkat, syarikat terutama kakitangan telah melalui pelbagai dugaan dan tentangan. Mereka dilayan seolah menumpang, sedangkan hak mereka adalah sama. Mereka diketepikan dengan sinis dan sindir yg keji dan hina.
Namun mereka tetap tabah. Kental membuat keputusan demi kepentingan bersama. Terbukti mereka lebih matang dalam menangani setiap cabaran. Lebih matang berbanding sesetengah individu yg bergelar boss. Individu yg berselindung di sebalik pangkat dan wang semata2. Tapi takut dengan bayangan sendiri.Walau jumlah kakitangan yg tinggal kini kecil, tetapi merekalah yg telah susah senang bersama kami. Sumbangan mereka harus diingati dan diberi penghargaan setimpal. Keikhlasan diri yg tidak ternilai dan semoga mereka dipelihara sentiasa oleh Nya.
Benar Berani
Keberanian yg paling bermakna ialah apabila kita mampu menerima realiti, mengakui kesilapan, memaafkan diri dan perbaiki kelemahan rohani dan jasmani. Ketakukan paling jijik ialah apabila kita berusaha menutup keburukan dengan mengalih pandangan lain ke arah yg bertentangan. Lari dari masalah dan mengambarkan diri mulia tetapi sebenarnya hina.
Sesetengah kita dilahirkan dengan kesempurnaan sifat luaran. Dalaman pula bagaimana? Akal yg penuh kekeliruan. Jiwa yg cacat dengan hasad dan dengki. Gelora dendam dan geram yg keterlaluan. Dan pelbagai lagi kekurangan yg jelas terpancar jika diamati walaupun dengan mata kasar.Moralnya, kita tidak pernah sempurna. Terimalah hakikat fitrah dan kebenaran dengan keberanian. Dan dengan telus dan ikhlas. Jangan menganiayai atau mengugut dan memperalatkan yg lemah hanya untuk kepentingan dan ketamakan diri. Elakan melatah bila diri dinilai oleh persepsi dan pandangan. Mungkin benar, mungkin salah.
Hidup biar berani pada yg benar dan takut pada Yg Kuasa ;)
Labels:
Ragam
Tuesday, July 1, 2008
Otak Keldai??
Untuk sekian kali, kesabaran ku diuji. Kata2 belakang dan dusta tentang status dan kedudukan syarikat. Yg berkata pun bukan pemilik, pengarah, pengurus, dan bukan pekerja syarikat. Dia kerja kat syarikat lain pun sebagai penyelia. Bercakap hal2 syarikat lain yg takde kena mengena dgn dia. Patutlah ada orang kata dia ni bodoh dan baral!
Sendiri makan gaji tak cukup. Hutang kereta pun tak mampu bayar. Sangkut2 nak kena tarik. Ada hati nak bercakap tentang syarikat yg jauh tinggi nilai banding gaji setahun dia. Da dapat bantuan dan diberi kerja, baru boleh bernafas. Itu pun tak reti nak bersyukur dan bersikap rendah diri. Tak humble langsung. Sah satu keturunan memang begitu. Totally Jack ass! n F*%K UP!Kena ingat yg theres always a bigger fish out there. Harap2 satu hari dia akan disedarkan dengan kebenaran sebenar. Dan tidak berlagak macam tahu semua tapi rupanya tin kosong je.
Aku fikir, berbanding dia, tahap otak keldai pun lagi tinggi! :P
Labels:
Ragam
Subscribe to:
Posts (Atom)
