Thursday, May 29, 2008

Supar Man

Currently, aku tengah draf satu kertas kerja yg akan re-shape my future undertaking. Terasa berat cos usaha aku selama ni untuk menyatukan apa yg lain anggap mustahil tidak menjadi kenyataan.

Sukar to get this conservative minded people to agree on something. Diorang bab bagi alasan pandai. Bab bagi idea, macam tin kosong!
More comments than solutions. Bila masalah baru terkial2 cari scapegoat nak dipersalahkan. Sendiri salah tak boleh nak admit.

Anyway, karakter aku dah begitu. Trying new stuffs n challenging ones. Sikap rebellious ni bukan tak makin slow, just makin tua ni, it gets better n better. Bukan nak jadi hero, tapi soal kepuasan dalam mencapai apa yg diimpikan. Cabaran tu yg buat kita rasa alive and kicking! Biar takut pada perkara yg kita tahu dari yg tak tahu. Cuba baru tahu, dah tahu, cuba lagi.

Apa yg lain kata, kita buat tahu tak tahu!! :)

Wednesday, May 28, 2008

Dikendong Tercicir

Bila duit mengatasi akal dan pertimbangan, alamatnya lain kebendaan pun akan turut dikejar. Hinggakan keinginan untuk mengaut semua selagi boleh itu menjadi2. Ada yang sanggup buat dan kata apa saja. Janji puas dan dapat segala harta dunia.

Dua tiga minggu ni, dilema tentang wang, kuasa dan haloba menjadi topik hangat. Aku n few more duk bincang these matter over breakfast, lunch, coffee n dinner sekali. Almost everytime jumpa, isu ni diacapkan macam siaran astro yg berulang2! Semuanya diungkit sampai urat leher terangkat. Setiap tindak-tanduk diukur hingga yang rasional jadi tak rasional.

Tapi bila diamati balik, punca sebenar tak rumit. Just that damages has done. Bak pepatah melayu "Terlajak perahu berundur, terlajak kata binasa". Kesan tak sayang mulut, punca kehancuran yg tak disangka. Aku rasa kesudahan dilema ini semakin hampir. Mungkin nampak seakan kemusnahan, tapi sebenar lebih banyak baiknya dari buruk. Yg pasti ke arah gandingan itu tidak lagi relevan dan tidak strategik. Haluan masing2 jauh terpesong dari matlamat asal untuk bersatu. Tak nafi, yg dikejar memang boleh dicapai, tapi jangan yg dikendong tercicir.

Asal usul jangan dilupakan, nanti hilang keturunan ;)

Tuesday, May 27, 2008

Kaya Raya

Siapa tak impikan kesenangan dan kemewahan berbillion-billion! Surely semua orang impikan tu. Too bad sorang jer melayu (sikit ada keturunan syed). Hope to see Azman Hashim in the top 10 list tahun depan!

Aku pun teringin to be shortlisted! :)) Bila la tu??!!

Monday, May 26, 2008

Ketuanan Melayu!

Isu ketuanan melayu lantang diperkatakan. Orang melayu macam baru tersedar dari tidur yg lena! Kebangkitan dan kemarahan orang melayu semakin hebat bila ada golongan2 parasit yg cuba mencabar ketuanan bangsa. Hanya yg pelik, ada pemimpin2 melayu sendiri yg sekarang kononnya memperjuangkan dasar baru macam ketuanan rakyat, masyarakat madani la or even agenda ekonomi Malaysia! Yeah right!!

Dasar dan kontrak sosial yg dirangka 50 tahun dulu jangan dipandang remeh, akibatnya padah bangsa.
Ada la sebab kenapa nenek moyang kita dulu fight till death for it.

Ingat amanat pemimpin terdahulu...

Presiden UMNO Pertama Dato' Onn Jaafar: "... Melayu mahu kekalkan raja-raja sebagai ketua agama. Melayu mahu hak keistimewaan. Melayu mahu ketuanan Melayu."

Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman: "... Orang Melayu sedia memberi dan hak-hak yang munasabah dan patut kepada orang bukan Melayu. Orang Melayu telah memberikan pengorbanan yang banyak daripada hak-hak sebagai bumiputera Tanah Melayu kepada bangsa yang bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak negeri yang telah berbudi sebegitu banyak seperti yang telah diperbuat oleh orang Melayu. Sungguhpun ada jaminan hak-hak istimewa Melayu dalam perjanjian Persekutuan tetapi tidak sekali-kali mencegah atau menyekat bangsa-bangsa yang bukan Melayu daripada mencapai kesenangan dan kekayaan dan lagi sehingga sekarang hak-hak istimewa itu masih belum lagi menghasilkan keadaan yang setaraf di antara orang Melayu dengan yang bukan Melayu…”

Tak serik ke beratus tahun dahulu melayu diperhambakan di bumi sendiri??!

Sunday, May 25, 2008

Putih Mata

Aku frust la gak dgn keputusan ICJ baru2 ni tentang status Pulau Batu Putih atau Pedra Branca (tu bahasa Portugis). 12-4 majoriti berpihak kat Singapore. Malaysia plak dapat Middle Rocks! Menteri Luar duk cakap its a win-win situation. Aku pun pelik, aper yg win-win nyer kalau;

1. Dah 28 tahun argued baru nak selesai! Dah berapa kali tukar menteri luar tuuu??!
2. Most of the judges kat Court Justice tu are heavily American influenced!!
3. Pulau tu dekat dgn kita (7bt nautika) banding Sg (25bt nautika) pun negara tak boleh nak defend!!
4. Middle Rocks yg kita dapat tu saiznya boleh muat 2 org yg berdiri sajer!! boleh???

Win-win sebab kita dapat Middle Rocks opah dia!! :P

Friday, May 23, 2008

Loyar Bodoh

Few weeks back, aku lantik sorang peguam ni tuk buat application to Pejabat Tanah for home ownership transfer. Boleh tahan la legal feesnya, total about RM44++. I've paid a bit n the rest later after completion nanti. I dont mind the fees as long dia boleh comply to all my wishes. Apa guna hire kalau tak boleh nak deliver kan!

But for some reason, laywer ni tak reti bahasa bila aku a.k.a the client kata NO for an answer. Aku pun malas nak terang lebih2 tentang kebodohan dia. Afterall, its just a bloody transfership. Pejabat Tanah pun dah luluskan n just nak complete the MOT process. Tu pun dia demand nak witness la, bla bla. But aku still say NO. Unfortunately, dia pun tak boleh settle it, so dia suggest aku appoint new laywer to complete the process. Boleh?? We agreed to give me few more days tuk fikirkan n decide.

Anyway, her office called yesterday nak tahu keputusan aku. Aku just bagitau yg the answer is still NO n aku akan take up her suggestion yg tak berapa pandai tu. Aku pun dalam services industry, and yes, client IS NOT ALWAYS RIGHT! But its a simple task that cost me thousands pun laywer tak boleh nak handle.

Aku pun tak faham. Ni lawyer ker loyar buruk?? tapi for sure bodoh la!

Thursday, May 22, 2008

Gajah & Pelanduk

Bilakah ini akan berakhir??

Bak peribahasa Melayu...
Gajah sama berjuang,
Pelanduk mati ditengah!!


Futurism

Dalam nak cuba rehatkan kepala ni, aku terfikir sejenak tentang tahun berhenti sedunia! Itu la yg aku rasa sedang berlaku kat sana sini. Dr M pun dah berhenti (lucut keahlian je, perjuangan dia tak berhenti disitu k!)

Anyway, apabila sesuatu itu terhenti, maka kita sekeliling perlu berubah untuk mengadaptasikan diri. Dari satu sudut, perubahan itu satu tanda kemajuan, kira baik la jugak. Trend zaman mak bapak kita pun jauh beza, so dont even samakan dulu dan sekarang. Contohnya tv! Dulu tombol pusing or butang tekan, now dah remote beb! Yg dulu takda, sekarang ni almost semua benda dah ada.

Moral is kita semua kena strive untuk hidup yg lebih baik! Jangan nak idup di takuk lama saje. Berubah mengikut peredaran waktu dan tuntutan semasa. Tapi biarla kena tempat dan tempoh yg difikirkan sesuai. Jangan setiap 5 minit nak cuba ubah dunia plak atau ubah2 fikiran. Tu fickle namanyer!

Keselesaan sekarang pun hanya sementara jika kita tak hargai dan abaikan. Dan kemajuan pula akan terhenti kalau kita langsung tak nak ubah. Tuntutan perubahan perlu wujud bagi menyuburkan institusi pemikiran yg telah lapuk dan yg tidak mampu menyamai arus zaman.

Jangan pi mai pi mai tang tu. Salah pi, jadi tak tentu! :))

Bayangkan!

Bayangkan paku dan screw yang tercacak macam kat gambar sebelah ni>>>>>>>

Begitu la rasa denyutan kat kepala aku sekarang. Sakit dan bengang ya amat! Dah telan panadol pun tak jalan gak. Aku nak kena rehat jap n tidur ni. Hujan pun tengah lebat kat luar sana dengan dentam dentum!

Astro pun dah padam! Jangan aku yg padam sudah la :))

Wednesday, May 21, 2008

Marah!

Aku terbaca today's horoscope kat FS. Memang sikit banyak ada sangkut paut dengan apa yg berlaku sekarang. Keadaan pun tengah kritikal. Kemarahan aku kali ni memang lambat nak reda. Aku tak semudah itu nak dikotak-katikan. Masa depan aku di tangan aku, dan bukan yg lain. Dan aku akan buktikan, insya'allah! Horoscope hari ni berbunyi begini;

You are about to be asked to take a larger role in a group, and this will be very welcome news. You have been waiting to take on more responsibilities for a long time, and now it's your time to really shine and show them how it's done! You can make a huge impact on the status quo right from the start, because your style is so much different from everyone else's. So just be yourself and manage things the way you always imagined you would. It's like a dream is coming true.

Moral is BE YOURSELF! ;)

Tuesday, May 20, 2008

List of Hope

Semalam aku beli dvd movie ni called "The Bucket List". Lakonan 2 outstanding actor. Worth watching cos sarat dengan mesej berat yg nak disampaikan. Sarat tapi masih boleh tertawa dengan lakonan diorang ni. Aku pun terfikir bila dan kenapa aku tak buat gitu.

Initially pasal 2 lelaki yg dah terlebih umur mengidap barah otak n ada few months utk idup (tu cakap doktor la!).
Sorang jutawan korporat, sorang lagi just mekanik kereta. So they wrote satu list tentang apa yg nak dicapai sebelum mati! Both end up jadi kawan baik n hit the road living their last day to the fullest. Eventually diorang penuhi gak apa yg diimpikan dalam list tu! Sorry ya dah bagitau ending citer ;)

Ada high moral value dalam citer ni. About living life sebaik mungkin. Pasal kematian, pengorbanan dan kasih sayang diri dan sekeliling n few more. Of cos, dalam proses kita nak capai semua tu akan ada rintangan, cabaran, dugaan etc. But kalau kita stay focus, work our goal n open our heart, surely akan ada hasil. Soal sikit banyak je. N kalau pun kita belum capai, jangan plak mudah give up or too comfortable kalau dah berjaya.

Kita semua sebenarnya tak jauh beza. Semua inginkan perkara yg sama. Kehidupan yg sempurna, kesihatan yg baik, kerjaya yg disanjung, keluarga yg bahagia, kekasih sejati, kewangan yg kukuh, kedudukan yg dihormati, kejayaan dunia dan akhirat dan akhirnya kematian yg soleh. Mungkin pendekatan dan penghayatan setiap individu dan end result itu berbeza. Kehidupan satu pembelajaran bagi melahirkan insan yg lebih baik. So kena la belajar dari masa ke semasa.

Tak belajar, tak pandai. Kalau tak buat, kita takan tahu, tapi bukan buat tak tahu k :))

Monday, May 19, 2008

Sudah Cukup!

Seminggu ni banyak berkisar tentang masa depan. Memang terganggu sikit minda ni bila duk fikir tentang plan akan datang. Dah seminggu aku tak ke rumah mak. Kat sana, surely akan jumpa org2 yg aku kurang senang. So its best not to meet cos boleh buat aku naik angin. Cooling period aku tak over lagi. Takes longer i guess! Ntah kenapa this time around, aku tak nak kompromi lagi. Mak ada called once tanya naper tak dtg. So just bagi reason yg difikirkan sesuai masa tu.

Dulu aku tak le kisah sgt, tapi sekarang sabar sendiri bagitau aku jgn sabar lagi. Cukup la dengan apa yg dah berlaku. Aku dah cakap terang dan jelas pun tak boleh nak terima. So baik buat hal masing2. Aku pun tak perlu nak buat baik lagi. Bukan org2 nak hargai pun. Aku tak harap balasan, tapi at least cakap terima kasih pun dah OK. Lambat laun biar la org tahu yg aku dah tak minat nak campur.

Aku nak balik macam life dulu, low profile. Aku tak ganggu idup org, dan org jgn nak ganggu idup aku. Aku rasa dgn setakat 2, 3 org yg rapat dgn aku ni pun dah cukup. Diorang2 je yg aku kongsi cerita dan masalah. Yg lain2 tu setakat nak gelak2 tu boleh. Umpama kawan yg nak pinjam duit lagi ramai dari kawan yg nak bagi pinjam! ;)



Sunday, May 18, 2008

Correct! Correct!

Bebaru ni, selain keputusan PRU yg teramat gempar, timbul isu perlantikan hakim yg melibatkan VIP few years back rasanyer. Time2 Dr M jadi PM. Muka2 lain yg umum tak kenal pun jadi terkenal dalam penyiasatan tu. Correct! Correct! Manyak dia punyer correct!!

Bukan apa, memang baik mengimbau kenangan lalu untuk dijadikan panduan masa depan. Tapi bila difikirkan, pada pendapat aku la, buang masa dgn duit cukai yg rakyat bayar. Ok le, mungkin ada yg nak tahu apa kesimpulannya. Tapi prosiding yang berminggu2 tu semua melibatkan duit dan duit saper lagi?? ;)

Mungkin aku silap pasal tak pandai nak baca undang2 ni, tapi bila sikit2 nak tubuh suruhanjaya sana sini, nak korek sana sini, nak dakwa sani sinun. Of cos suratkabar laku pasal citer yg disensasikan. Yg beli paper pun rakyat kan! But apart from keputusan, hasilnya more n more duit rakyat dibelanjakan utk membuktikan apa??

Nak libatkan former PM ker?? Afterall Dr M pun dah sumbang banyak pd negara. Suke atau tak, sepanjang dia memerintah, we r far better then than now, economically speaking. Ceh! bunyi macam pandai yer. Aku pun sebenar tak pandai baca ekonomi. Setakat campur tolak masa beli barang mahal dgn murah, tu aku tahu la.

Aku pernah kena marah sebab salah jawab soalan matematik: 1 x 4 = 4, + 4 = 4! Incorrect!! Boleh???:))

BOoo!

Bengang otak pikirkan masalah2 keje yg remeh temeh ni. Bohong la kalau aku cakap yg aku tak marah saat ni. Aku bukan tak pernah kompromi dgn kebodohan org. Tapi bila bagi betis nak peha, itu memang dah lebih!! Aku tahu dia tak penah puas dgn apa yg dia dapat, tapi jgn sampai puas tu makan diri. Kebodohan sendiri jgn sampai jadi bangang!! Terlajak kata ni bukan boleh tarik balik. Mulut lancang lawannya pun lancang!

Kadang2, itu yg aku tak faham dgn sikap 1, 2 staff yg keje kat company yg tak sedar dek untung. Nak hidup senang, tapi asyik merungut. Bukan nak baiki diri. Duk salah kan keliling dan hasut org sana sini. Konon gaji sikit la, keje banyak la. Nak kata lulusan tinggi pun tak, tapi tak tengok diri atas bawah. Aku selalu gak dengar dia ni merungut kat belakang2, tapi bila tanya depan2, tersipu2 macam mulia. Rupa tukang caci! Kerja pun takda super rajin, macam L.E.M.B.U gak! (maap terkasar) Tapi aku rasa lembu pun pandai carik makan sendiri tanpa merungut.

Anyway, nak kata takda duit, bergaji. Nak kata takda gaji, bekerja. Asas hidup dah ada. N kalau nak senang, ukur la pinggang n pakai baju biar muat. Lama aku nak tegur da, tapi fikirkan balik, kalau ko nak mundur ke, merungut tentang satu dua sen pun, tu ko punya pasal. Just harap bila makin matang biar makin pandai. Kalau makin bebal gak, pandai2 la betulkan.

Sebabkan aku ni jenis cakap biar terang. So baik benda2 kat dunia biar settle kat sini. Tak payah bawak ke mati.
Tak salah kalau perlu ajar sampai dia sedar. Janji mesej tu sampai dan jelas.

Kalau dah kurang ajar, mestila diajar, kan kan!! :))



Saturday, May 17, 2008

Susah Kerja Susah

Aku tahu, Hari Pekerja 1 Mei dah lama lalu, tapi dalam kekusutan pagi ni, aku duk teringat tentang lampau. Masa aku mula2 duk cari kerja. Hari2 beli suratkhabar. Star, Metro , macam2 la lagi. Dengan photostat resume dan sijil yg tak berjela sgt. Berkeping2 gambar paspot, sampul A4, setem, marker dan glue. Pendek kata kira macam ada office kecik la. Itu pun selepas few years aku berehat atas sebab2 peribadi.

Of cos time tu 1998, 99, (time2 bung Anuar buat hal!!) zaman kegawatan ekonomi. Jawatan kosong tak sebanyak yg memohon. So pengalaman keje kena setanding dgn pendidikan. Setakat ada ijazah, tapi tak reti keje pun tak layak. Reti keje dulu, baru citer sijil! N kalaupun ada tu semua, time temuduga tu penting. Peribadi, ketrampilan, persediaan, semuanya diambil kira. Kalau dtg interview pun pakai t-shirt! Sape nak bagi keje kan!!

Sebabkan terlalu ramai yg memohon satu2 keje tu, so tak boleh nak memilih sgt. Asal tak lari dgn pengalaman lepas n berkait dgn apa yg kita belajar. Amik je la kalau ada tawaran. Memang susah! Caya la! Aku dah tak ingat brp kali gi interview. Sampai peringkat ke3 pun tak dapat gak. Skill aku kat admin n management, so setiap permohonan n temuduga tu aku amik serius. Dari kepala sampai kaki. Macam2 alasan la selalu company bagi. Aku pun tak tahu mana gi silapnya.

Currently, aku tak nak kata keje tu senang. Ada la kurang lebihnya. Kalau semua dalam dunia ni senang, taklah kita semua berebut2 kejar. Tapi jgn sampai yg dikendong tercicir. Hargai la keje yg ada skrg. Hormati mereka yg bekeje dengan dan sekeliling kita, vice versa. Banyak cara nak hargai atau hilang sesuatu yg kita pegang kuat. Yg penting, jgn hilang rasa syukur dan hormat sebab tu alamat kita akan hilang segalanya. Hargai diri kerna diri ni jugak perlu dihargai.

Hidup seorang sunyi. Hidup ramai, gembira. Hidup beribu, padat. Hidup berjuta, payah! :))


Thursday, May 15, 2008

Bumi need help!

Aku nak tidur, tapi macam malam2 sebelum, memang teramat panas. Tension je mcm duk dalam sauna. Aku bukak la tingkap dgn harapan berangin pasal duk tingkat tinggi! Tak gak berhasil, lagi kuat dengar bunyi motor keta lalu lalang ada la. Hampeh!! Ada time bukak air-cond pun tak rasa sgt.

Aku rasa (dah obvious pun) perubahan suhu dunia ni beri kesan langsung pada kita semua. Beribu artikel n dokumentari da keluar majalah dan tv macam "The Inconvenient Truth".
Kisah pulau yg mula ditenggelami air pun dah disiarkan. To avoid disaster, mankind kena buat sesuatu. If not, dalam 10, 20 tahun down the road, jika suhu dunia naik, ais kat kutub utara dan selatan akan cair. Air laut pun pasang, tanah rendah n tanah tinggi akan mula tenggelam. Kita semua nak pindah mana?? Bumi saja yg tinggal rite??


Are we doing anything to safe our planet?? Cuba tanya diri?? Aku rasa ada banyak bahan rujukan luar sana. Yg penting kita pun kena main peranan. Benda2 yg selama ni kita amik mudah dan tak peduli, kena la take serious. Berjuta tahun bumi wujud dan hanya skrg menghadapi ancaman yg boleh mengugatnya dan civilization yg ada. Ini kah hadiah tuk generasi akan datang??

Apa pun bumi adalah pemberian TUHAN yg kita perlu pelihara. Masa hidup kita di dunia pun tak lama. Kita menumpang lalu dengan nikmat yg telah DIA berikan. Renung dan hayati bersama k :))

Wednesday, May 14, 2008

PRU

Hari ini genap 39 tahun dulu, peristiwa berdarah 13 Mei 1969, so baca la buka sejarah tuk citer sebenar. Aku pun belum lahir so tak boleh nak coret lebih2. Tapi antara paparan yg aku baca dari buku "Chronicles of Malaysia" bunyi nya gini (time tu semua in English, so get a dictionary kalau tak paham!)

13 May Kuala Lumpur; A curfew was imposed in several areas following clashes between groups of youths in the Federal Capital and Petaling Jaya. The Areas under dawn to dusk curfew were Kepong, Sungei Buloh, Sungai Pelong, Sungai Besi, serdang, Serdang Baru, Salah South Baru, Ampang, Ampang New Village, Travers Road, Jalan Pekeliling, Brickfields, the centre of Kuala Lumpur and the Petaling Jaya district. Curfews were also imposed in Penang and Perak.(Telok Anson, Taiping, Sitiawan, Kerian, Batu Gajah, Parit and Kampar districts). Prime Minister Tunku Abdul Rahman appealed for support and cooperation with the security forces in maintaining security. 'I am aggrieved at what has taken place,' he said, warning of the dangers of such occurances in future.

Keputusan pilihanraya umum yg dijalankan sehari sebelum itu menunjukkan di Selangor, deadlock antara kerajaan dan pembangkang dgn 14-14. Perak, Penang dan juga Kelantan tewas ke tangan pembangkang. Hebat gak zaman tu kira dah ramai pembangkang!

Seakan-akan keputusan pilihanraya baru2 ni kan?? Mungkinkah rusuhan kaum 13 Mei berulang lagi dalam konteks zaman sekarang?? Rusuhan minda dan ideologi mungkin?? :))

Persepsi

Mungkin yg baca blog aku duk fikir, knp macam banyak masalah je mamat ni?? Coretan yg sarat dengan konflik diri yg dalam. Lagi2 dgn sikap aku yg jenis lone ranger ni, tak ramai teman dan suka duk rumah. Niat tu nak tenangkan fikiran, tapi kadang2 tak gak, so aku salurkan kat blog ni. Tak banyak, sikit tentang dilema semasa hari ke hari. Of cos ada hari tu OK jer. Hari2 pun adakala ceria, mendung dan berangin. Tengok sepoi, elok arusnya, ia ke kanan, tentang arusnya, ia ke kiri. Mungkin expresi tulisan tu agak keras dan keterlaluan but again tanpanya macam mayat hidup plak!

Susulan coretan semalam yg sedikit menimbulkan persoalan. Pada pandangan aku, persepsi mentah yg dilemparkan pada diri ini very unfair. Kira macam anggap aku ni kambing hitam. Aku heran bila dianggap sebagai tidak progresif dan punca segala. Malah sumbangan aku pun disoalkan. Serangan karakter yg tak brp dasyat tapi takan ku lupa. Sebab aku suka tengok benda yg kecil sblm ia jadi besar. Small2 thing yg org suka lepas pandang.

Persepsi diorang sebenar bukan pandangan langsung. Dua perkataan ni, kalau gunakan kat ayat, maksudnya berbeza. Persepsi atau tanggapan ni kalau tak hitung baik2, memudaratkan. Maksud tersurat dan tersirat ada kesan positif n negatif. Kalau baik, bagus la, yg tak bagus tu bila tak baik. Kesan jangka pendek dan panjang yg kita tak jangka pun!

Semalaman aku berfikir sampai ke subuh. Hari ni lebih jelas sebab otak tak kusut sangat. Lagi pun ada yg sudi mendengar over coffee. Yg pasti, semalam merubah segalanya.
Aku perlu berhati2 dalam menangani isu hadapan dan pabila bertentangan gunting2 yg dalam lipatan. Tidak akan ada kesaksamaan atau sediakala. No more wat to do??! Just do!!

Akan ku ubah persepsi songsang ni sampai ke perut bumi, maksudnya sampai aku mati la! :))

Tuesday, May 13, 2008

Barang Pinjam

Bak kata pepatah, wang adalah segalanya! Ada yg sanggup buat apa saja kerananya. Tak kira halal haram, janji hasilnya lumayan! Pasti teruja untuk mengaut selagi boleh. Macam2 alasan yg karut marut diberi, semata2 utk halalkan perbuatan itu.

Hilang arah dan pertimbangan, maruah, kasih dan sedara atau mungkin juga hilang nyawa, Yg pasti, wang itu mesti dimiliki! Tanpa malu menilai ketidaksempurnaan sekeliling dengan rakus dan haloba. Langsung menafikan usaha dan tenaga yg selama ni menjadi asas.
Selagi dia tak dapat apa yg dia mahu, yg lain akan jadi mangsa. Sememangnya org tak pernah puas dengan kepuasan itu sendiri. Ada yg nak bawak ke mati dan dgn alasan utk anak2, tapi sejauh manakah hak itu akan kekal??

Aku berserah mohon tunjuk jalan. Maklum saja, ketidaksempurnaan aku dinilai sebegitu rupa. Dilihat baik buruknya hingga ke urat dan darah.
Kekurangan dan kelemahan dicaci dan dikeji. Aku selalu pesan pada diri aku, ini semua hanya sementara, barang pinjam milik NYA. Esok lusa, bila mati sudah panggil, semua kena dipulangkan, dengan faedah di saat timbang nanti. Yg tinggal si kain putih meliputi tubuh untuk dihitung. Silap hitung, tersungkur. Silap sungkur, terjunam. Tak perlu bermegah dgn harta segenggam, sebab mungkin yg lain bergenggam2!

Percayalah, hidup ni luas, cukup utk semua. Kalau dah tak cukup, alamat nak kiamat la tu :))

Monday, May 12, 2008

Keselesaan

Dah nama pun rumah idaman, tentu ramai yg punya keinginan begitu. Mungkin tidak skrg, tapi satu hari pasti mahu. Bagi aku, setakat arkitek drawkan my vision of the new home pun dah memadai. Selebihnya kena tunggu masa dan wang yg duk tengah kumpul ni!!

Rumah skrg yg dah 2 tahun lebih aku duduk ni tinggi sikit. Jauh dari tanah dan dekat dgn langit! Aku perlukan ketenangan, privacy dan view. Dengan KL CC view tapi kalau nak tengok bunga2 api tu, macam hujung mancis je la. Keselesaan tu ada pasal tak jauh dari kota n dekat dgn segala kemudahan. Parents pun duk tak jauh dari sini. Masa aku beli rumah, teragak2 dengan budget cos masa tu nak buat loan kena pledge macam2. So meminjam la dulu. Tapi dah bayar balik semua, No hutang2! :)) Nak selesa, kena la sanggup bayar. Noting is free rite! Lebihkan usaha tuk capai apa yg kita mahu. Dan benda2 tu duniawi, selagi kita imbanginya, cubalah kecapi sebab bila dah mati, lain plak yg dicarik :)

Mak aku selalu idamkan rumah yg selesa. Walau pun mak dah 65, dia masih tercari2 keselesaan tersebut. Aku faham knp dan tak perlu la aku ulangi lagi disini. Kalau panjang umur dan murah rezeki, dia akan merasai rumah tersebut, Insya'allah! Aku tak pernah anggap benda2 ni halangan. Memang org akan berkata sana sini, tapi peduli la. Lagi pun tu semua hak masing2 nak buat rumah kecik ke besar. As long kita ada kemampuan, tak salah. Berjuta pun ada yg sanggup, yg penting ia menepati kehendak si pemilik. Kadang aku terpegun gak tengok rumah2 org kaya ni yg gah. Rasa duit diorang ni berguni2 gamak nyer!

Selagi kita sanggup berkorban, ianya tidak mudah tapi tidak juga mustahil.


Sunday, May 11, 2008

Diam berisi

Aku terpanggil nak coret pasal perkara ni. Aku diduga dengan sikap org yg tak puas hati dengan cara dan pendekatan aku. Aku pun kadang2 heran gak kenapa jadi begitu. Aku tahu diri ku, aku tak mintak org accept aku macam kawan, yg nak jadi lawan pun aku ON je! Tapi perhaps org kena belajar kata bila perlu dan diam bila mahu.

Anyway, cam biasa, aku diam jer n buat tak tahu. Bukan apa, layan kang, lagi dia teruja nak terus kutuk dan keji aku umpama menangguk di air keruh??! Dia pun tahu, aku memang tak layan sgt benda2 remeh. Tu yg dia terus menerus mengata, ikut hati nak je cakap... "just shut up la old man!!". Lagi pun bukan benda baru. Aku tahu, dia nak aku melatah n melenting. Itu la peluang dia nak kata aku ni memang kurang ajar.

Betul memang aku selalu kurang ajar TAPI pd mereka yg kurang ajar! Dunia pun ini kadang2 berputar tanpa pedulikan yg lain. Kita je la kena pandai menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Bukan aku tak boleh cakap balik pd org begini, tapi apa guna kematangan dan kesabaran yg aku semat kat diri selama ni. Mungkin itu gak yg buat org sentiasa sakit ati dgn aku. Tak nafi la, memang kadang2 tu tercabar. Tapi takpe la, yg penting tuhan pun suke org yg sabar kan! ;))

Berani pd yg idup, takut pabila mati.

Wednesday, May 7, 2008

Rock Keras

Aku bukan nak merungut, tapi bila E90 aku terjatuh, geram je rasa. Jatuh tu satu hal, boleh start buat bunyi plak bila nak open cover! Tension!! Setiap benda tu kan ada harga. Baik murah ke mahal. Kalau hilang ke rosak, surely seakan buat kita marah, geram or kecewa right. Anyway, esok aku ingat nak beli spare phone dan hantar yg ini untuk baiki. Kenangkan seminggu without my E90 pun da rasa macam setahun! Actually bukan nak citer pasal phone, nak citer lain :))

Citer lain2 hal di rumah mak. Parents ajak ke Jakarta lagi, tapi aku dan min menolak. Anak sedara yg baru balik dari previous trip pun merungut. I guess bukan apa, dah tua2 ni, aku personally tak suka org lain tentukan ke mana aku nak pergi, bila or dengan siapa. Itu keputusan dan hak aku la nak kemana. The rest nak ikut tu diorang punya citer. Aku pun tak keberatan langsung tho mak dah few times ajak, so aku just senyum and say NO. Mak pun cool je bila dah tahu jawapan. Dia tak pernah memaksa. Ada jugak dia belikan baju sweater hard rock tuk aku dari Jkt. Cantik tu!!

Abah lain, jenis memaksa tanpa sedar. Dia mengajak macam menyuruh. Dia tentukan tempat tinggal, kapal terbang, makan minum, belanja shopping pun nak dibaginya. I think dia dah overstated his authority ke atas orang lain too many times. Kira macam hard headed la jugak, bukan hard rock k! Aku just tak faham, dia order saja, tapi orang lain buat. Macam aku cakap dalam coretan awal, dia patut rehat locally jer. Katanya, nak bawak cucu2. Betul dan mungkin elok juga dia bercuti bersama keluarga dan cucu2. Tapi kan lebih baik memahami juga kehendak orang2 yg kita sayang dan bukan diri sendiri sahaja!

Kegembiraan satu kepuasan, tapi lebih memuaskan jika mengembirakan yg lain :))

Tuesday, May 6, 2008

Tidur & Sakit

Mata terkebil2. Aku duk cuba nak tidur, tapi tak lelap2. Mata berat, tapi otak melayang. Belum mimpi pun. These few days memang aku ada masalah dengan tidur. Nak kata banyak masalah dunia, tak sangat. Ada a few here n there, notin serious. Afterall setiap perkara tu ada jalan penyelesaiannya. Recently, masa discussion over coffee with some friends tu adalah perkara yg aku tak senang dengar. Tapi itu pun dah diselesaikan dengan yg "berkenaan".

Soal kerja, biasa lah dalam dunia dagang, ada pasang surut. Ada waktu banyak, ada waktu kurang, ada langsung takde kerja. So far company berjalan seperti biasa. Walau ada desas-desus, yg penting kerja yg ada berjalan seperti biasa. Nak dengar orang kata sana sini, satu hasil pun takda kan. Apa pun rezeki di tangan DIA. Soal usaha dan keyakinan yg harus diterap dan diteruskan oleh semua manusia yg berdagang dan bekerja. Plan untuk kembangkan sayap tu ada. Tapi tunggu waktu yg sesuai bila semua kekalutan sekarang berakhir dengan rasminya :)

Soal rumah yg tak bertangga tu (pakai lif kecuali bila rosak), dah banyak renovation work done. Biasa la, last touch tu yg selalu dilengah2kan. Aku pun tengah fikir finishing yg sesuai to complete the whole process of decorating. Tertangguh dari satu hari ke satu hari. Tunggu bulan berehat sedunia, semua sure selesai!!

Soal sayang tu, hanya aku dan dia je yg tahu dan yg sewaktu dengannya :)) Soal ni sensitif sikit. Its best to keep it private ;)

Pendek kata, takda la masalah sangat. Pehal yg tak boleh tidur pun aku tak tahu. Kena dapatkan nasihat pakar la. Aku memang ada plan nak buat medical check up. Rasa diri ni dah macam2 sakit. Sakit belakang, sakit kepala, sakit dada, sakit lutut, sakit sendi, banyak plak sakit! Bak kata pepatah yg kakak aku siang tadi sebut, "prevention is better than cure".

Mungkin aku perlu pergi berehat panjang. Kawan aku kat Paris pun tanya bila nak ke sana. Soon, soon, I hope! Duit tu insya'allah ada, waktu dan kesesuaian tu je belum ada. Kalau pergi maybe in August during summer or is it autumn? Plan to stay pun 7 hari the most. Tak boleh lama cos Euro Dollar isnt cheap! Tapi bila bercuti ni tak boleh kedekut, if so, baik duk rumah tengok tv saja. Sekali or dua kali setahun and set aside some money for a break. Elok untuk kesihatan katanya macam nasihat kawan aku tu.

Oklah, nak cuba tidur balik. Sambil duk dengar musik gamelan melayu cam dibuai tubuh dan minda. Harap mimpi terus!


Monday, May 5, 2008

Mana pergi??

Hari menghampiri 2 bulan selepas tarikh keramat. Gelombang kejutan buat yg terjaga dari lena tidur dan mimpi. Segalanya berubah sekelip mata. Kuasa penentu yg disangka kekal, rupanya tidak. Suara yg disangka diam, rupanya bising. Ahli yg disangka setia, rupanya curang. Puluhan tahun kemajuan yg tidak dihargai. Umpama nampak sampah dalam longkang, tapi longkang yang dibina tak nampak. Umpama merungut panas dan hujan, tapi terlupa udara yg dihirup. Itulah hakikatnya mereka yg kurang bersyukur dan berterima kasih.

Masa depan anak cucu mungkin tergadai dengan kerakusan rakyat dan ketamakan pemimpin. Negeri makmur dan maju terkorban, satu per satu. Bangsa tinggal nama tanpa kuasa. Ramai ternoda dengan tuduhan yg seluas lautan. Tergoda dengan janji yg mengunung. Pangkah ku, akan ku ini! Pangkah ku, akan ku itu! Waktu aku dulu, begini! Waktu aku dulu, begitu! Pangkah dia, azab kamu! Pangkah dia, kafir kamu!Taluan bergema ke serata tanahair.

Apakah kini kota janjinya tertunai? Hebatkah mereka sekarang? Dimanakah kononnya pejuang yg lantang untuk rakyat?? Lautan semakin surut, gunung tinggal bukit. Azab tidak, kafir pun tidak. Gema taluan pun kian sayup di hujung langit. Mana turun harganya? Mana hilang cukainya? Mana pergi sumbangannya? Mana?! Mana?! Ke Sepang kah untuk ladang itu!!?? ;)

Bahasa Kita

Sedang mencari ilham untuk menulis sesuatu dalam bahasa ibunda. Semangat kemelayuan ku ini sedang berkobar-kobar semenjak dua menjak ni ;)

Pada aku, English pun penting terutama perantaraan perniagaan. Tapi aku nak memperkayakan bahasa ibunda yang dah lama tertanam dalam jiwa dan badan ni, maka setiap coretan dan seterusnya akan CUBA, INGAT! CUBA ditulis dalam bahasa melayu :) Bak kata pepatah, Bahasa Jiwa Bangsa kan!!

Dulu kat sekolah, memang minat dua2 bahasa, tapi susah nak score bahasa melayu masa SPM. Lagi pun masa periksa tu, tersalah pilih tajuk. Tapi ujian lisan plak lulus dengan cemerlang. Kalau boleh kuasai lebih dari dua bahasa pun lagi elok.

Apa pun, kalau beli buku, aku tetap dengan pilihan buku penulis luar dan dalam bahasa English. Bukan kata tulisan melayu dan tempatan tak dapat tempat tapi hasil karyanya kurang di pasaran. Permintaan ada, hanya mungkin gaya promosi, tajuk dan kulit buku yg tak menarik punca buku2 ni tak laku. Cuba perhati betul2 buku luar (seperti dlm gambar) berbanding buku tempatan di pasaran. Lain plak soal majalah2 tempatan yang banyak gambar, warna dan isi kurang tapi laku di pasaran. Contoh tak jauh, bilik anak saudara aku, lagi banyak majalah dari buku teks sekolah, boleh???

Buatlah hari buku ke, hari baca ke, tapi kalau dilihat satu sudut, ianya berjaya menyedarkan pembaca. Hanya penulis buku dan penerbit perlu beralih ke sajian bahan dan cetakan yg lebih baik.

Berbalik pada coretan ni, kalau ada yang tersasul tu, faham2 la. Bukan senang bila lidah dah berlipat tapi tetap tak bercabang ok ! Apapun, mohon maaf kalau ada tersilap bahasa atau susunan tu, maklumlah, aku budak baru nak belajar :)

Saturday, May 3, 2008

Bangkit sekejap


Jam 1.28 pagi, sambil aku dengar lagu dan irama gamelan melayu terasa diri seakan kebangkitan :))

Actually, aku tengah nak update my previous blog kepada format berwajah baru ni. Sama menyahut saranan utk mem"blogger"kan diri! Mood awal pagi lain sikit, cos partly otak penuh dengan macam2 hal dan cerita yg hendak diluahkan. Tapi tak semua hal tu masuk akal. Dah berbulan aku tak menulis blog. Berehat panjang dengan kesibukan kerja. Tapi sekarang dah "bebas" sikit. Terdekat ni, lagi boleh rehat panjang dan kurang tekanan. Tak sabar nunggu saat itu.

Emak called kelmarin dari Jakarta. Dia gi berehat dengan abah dll. Katanya nak berehat, tapi rasa tak kot. Mak bagitau abah pun tak sihat, rehat kat bilik jer. Tak hairan la dengan condition my dad yang ada kanser. Dia patut berehat dalam negeri jer. Tengok cucu mandi pool ker, buat bbq kat rumah ker! Berjalan ke luar negara, dengan keadaan begitu hanya memenatkan dia. Tapi abah ni boleh dikatakan degil, bak kata pepatah, sekeras kerikil.

Anyway, aku kat GEM awal tadi gi MPH. Beli satu buku ni bertajuk Chronicle of Malaysia dgn DVD. Rangkuman siri detik2 sejarah dan peristiwa di Malaysia, koleksi video dan gambar2 dan komentari sepanjang 50 tahun sebagai negara merdeka. Overall semua ok, termasuk la Dato Siti kawin! ;) Harga je mahal sikit, about RM120. Mahal ke?? dan komentarinya pulak asyik bertukar suara latar seperti tidak diedit secara profesional. Penerbitan wise, memang berbaloi beli buat koleksi. Check it out kat major bookstores.

Oklah, rasa mengantuk plak duk dengan lagu gamelan ni. bangkitnya kejap jer...zzzzz